KALAH TAPI MENANG..
Dengan keputusan tersebut, bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat dipulihkan. BN mula mendapat kepercayaan dihati pengundi. Diharap akan ada usaha-usaha untuk menambat semula kepercayaan dan keyakinan ini yang sebelum ini dikata semakin pudar. Selepas ini, kami percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi.
Walaupun hakikatnya PAS menang tidak bererti benar-benar menang, sebaliknya mereka perlu berasa risau dengan pengecilan majoriti kemenangan mereka. Secara tidak langsung boleh dilihat, sokongan terhadap mereka mula berkurang, jadi mereka perlu lebih berwaspada untuk masa akan datang. Walaupun kemenangan dengan majoriti kecil itu, sekarang mereka perlu fokus pada tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada mereka. Tahniah kepada PAS - Mohd Fauzi Abdullah kerana kemenangan tersebut. Diharapkan dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik. Jangan diabaikan amanah dan harapan pengundi2 anda.
Sekalung TAHNIAH dari kami untuk Jentera BN untuk pilihanraya kecil kali ini. Usaha anda tidak sia-sia dengan kekalahan majoriti kecil ini. Walaupun kenyataannya BN kalah, tapi di mata kami, BN telah mengalami kemenangan. Kemenangan sokongan yang semakin meningkat, itu yang lebih penting. Agar usaha yang berterusan akan dapat menawan semula keyakinan dan kepercayaan pengundi untuk masa akan datang. TAHNIAH BN.