KALAH TAPI MENANG..

12
Walaupun BN mengalami kekalahan di Manik Urai, tapi sebenarnya BN mendapat kemenangan sokongan dari segi undi. Majoriti PAS 65 berbanding 1,352 sebelum ini, bilangan undi yang semakin mengecil. Secara tidak langsung ia menunjukkan BN semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi.

Dengan keputusan tersebut, bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat dipulihkan. BN mula mendapat kepercayaan dihati pengundi. Diharap akan ada usaha-usaha untuk menambat semula kepercayaan dan keyakinan ini yang sebelum ini dikata semakin pudar. Selepas ini, kami percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi.

Walaupun hakikatnya PAS menang tidak bererti benar-benar menang, sebaliknya mereka perlu berasa risau dengan pengecilan majoriti kemenangan mereka. Secara tidak langsung boleh dilihat, sokongan terhadap mereka mula berkurang, jadi mereka perlu lebih berwaspada untuk masa akan datang. Walaupun kemenangan dengan majoriti kecil itu, sekarang mereka perlu fokus pada tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada mereka. Tahniah kepada PAS - Mohd Fauzi Abdullah kerana kemenangan tersebut. Diharapkan dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik. Jangan diabaikan amanah dan harapan pengundi2 anda.

Sekalung TAHNIAH dari kami untuk Jentera BN untuk pilihanraya kecil kali ini. Usaha anda tidak sia-sia dengan kekalahan majoriti kecil ini. Walaupun kenyataannya BN kalah, tapi di mata kami, BN telah mengalami kemenangan. Kemenangan sokongan yang semakin meningkat, itu yang lebih penting. Agar usaha yang berterusan akan dapat menawan semula keyakinan dan kepercayaan pengundi untuk masa akan datang. TAHNIAH BN.

12 comments:

ahli umno alor gajah said...

Salam sis,

maaf, tetapi a spade is still a spade, mana ada kalah tetapi menang? dal;am demokrasi kalah dengan satu undi pun bererti kalah.

renungkanlah, berapa kos yang Umno korbankan untuk pilehanraya kecil nie? menangkah Umno?

This comment has been removed by the author.

ahli Umno alor gajah..jangan laa hanya memandang pada 1 aspect..kemenangan ini benda yg subjective..so menang bukan pada kiraan undian sahaja..tapi pengurangan undi majoriti yg mereka menang tu..jika sblom ni 1352 dan skrg ni hanya 65 undi..bukankah besar perbezaannya..sedangkan pada 1 undi pun amat bermakna kan..ape yg boleh kita katakan??bukankah ia merupakan kemenangan pada kita juga..

klu dikira kos..mmg laa ada..dimana2 pun akan melibatkan kos..even kita on9 ni pun ttp ade kos..tapi tidak berbaloi ke klu dapat undian yang penah berpihak pada mereka??fikir2kan..

ataspagarje said...

salam,

mmg benar apa yg dikatakan oleh ahli umno alor gajah dan puteri umno jasin. setiap penilaian dan pandangan adalah subjektif dan boleh di katakan dikeluarkan dengan pelbagai andaian. kita lihat pada PRU 12, majoritinya adalah 1 ribu lebih dan semalam majoritinya tidak smpi 1% iaitu hanya 65 undi majoriti saja yg diperolehi Pas dan trend undi ini klu dilihat dari tahun2 yang lepas pengundi bg BN telah bertambah dari setiap tahun kecuali pada tahun 2008 yg kekal pada basenya iaitu 4000 undi lebih.

kali ini trend pengundi muda telah berubah dan di akui sendiri oleh S/U Pas Kelantan yang seolah-olah menyalahkan pemuda Manek Urai ttg masalah ini. Tetapi bagaimana culaan Pas yang menyatakan mereka akan menang dgn majoriti 2000 lebih tidak tepat?Siapa duri dalam daging Pas?..

Apa yg dpt di lihat sekarang UMNO/BN perlu bekerja dgn lebih kuat lagi untuk menawan semual hati rakyat dan cuba untuk membentuk semula persepsi negatif rakyat terhadap UMNO/BN meskipun bkn semua yg sedemikian. Kepada Pas, cermin diri, muhasabah diri, lihat kelemahan diri dan jgn selalu mengaibkan orang lain tanpa usul periksa dan jgn terlalu yakin dengan keputusan PRU 12.

Apa2 pun, saya berharap Jambatan di Manek Urai akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan mungkin ini akan mengubah persepsi rakyat.

PAS nak buat 'post mortem'.

Biasanya orang kalah yang akan buat 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara kalah teruk di Bangkok buat post mortem. Kalau Pak Cu Mael kalah lawan burung ketitir pun dia buat post mortem pasai selalu dok jadi juara.

Post mortem dibuat pasai nak cari punca kalah. Dalam PRK Manek Urai, UMNO yang kalah. Maka UMNO yang kena buat 'post mortem'.

Tapi PAS yang menang pun nak buat 'post mortem'. Ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai.

Macam mana pun PAS boleh senyum pasai menang tapi hati di dalam menangis pilu sebab undi merosot. UMNO juga boleh senyum pasai dapat kurangkan majoriti undi tapi hati di dalam menangis juga kerana patutnya BN boleh menang.

PAS dan UMNO boleh menyanyu lagu "senyum dalam tangisan"!

ahli umno alor gajah said...

salam,

Dalam politik, ramai yang bercakap secara berlapik untuk "play safe", oleh sebab itu BN teruk di belasah di PRU12, tunggu aje PRU 13, kalau UMNO tak berubah dan masih di buai mimpi indah, berkempen macam makan angin, nielah padahnya, kalah tetapi menang,...hiss...apa ke benda?

Sis, kalau nak kekal jadi pemimpin, berterus terang je le, jangan lah nak sedapkan hati...

Tengok Ali Rustam tu berapa Planetarium ada kat Melaka? Membazir aje....., patutnya sis tegur pembaziran tu? Ali rustam tu patut berhenti aje, dah kena disiplin UMNO pun masih nak jadi KM, malunya...

Ahli astrologer said...

salam sis,

Malaysia mempunyai lima Planetarium, satu di Kula lumpur, satu di sarawak, satu di terengganu dan Dua di Melaka.....


Melaka ada dua Planetarium nie apahal? Ali rustam nak jadikan Melaka negeri astrologer? Kah...kah, bayangkan RM 20 juta untuk bina Planetarium di MITC itu di gunakan untuk membangun pasarana IT, memberrikan kemudahan percuma untuk rakyat nak gunakan internet kan bagus...

Tolong lah PU3, menyalaklah sikit kat Ali Rustam, tak kan nak pencen dengan title MR Planetarium...kah...kah...KM bodoh amat....

anak watan manik mengurai said...

Salam,

ana ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan tahniah kerana BN kalah tetapi menang...., kalah di Manik urai tetapi menang bina Planetarium...kah...kah..kah....

Guiness book of records akan memasukkan nama Datuk seri panglima mohd ali rustam sebagai Ketua menteri yang mendirikan planetarium sebanyak dua buah selang 25km tiap tiap satu di dalam satgu negeri yang kedua terkecil di Malaysia.

Planetarium yang baru ini akan dinamakan AL- Buana, selepas Al Khawarizmi di tanjung bidara.

tahniah...tahniah...orang melaka yang langsung tak menegur KM nya yang dah gila meroyan, syiok sendiri sebab tak dapat bertanding untuk jadi TPM... kah...kah...

cucu kerabat datuk mohd zin said...

SALAM,

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH.

Melaka negeri yang kedua terkecil di malaysia mampu membina dua planetarium...., wow, Melaka dah tak ada orang miskin, masjid dah banyak?

dalam keadaan ekonomi tak menentu, orang melaka boleh bina bukan satu bahkan dua Planetarium....cool sis...


bayangkan kalau Ali rustam kekal jadi KM semasa PRU 13, alamat yang memerintah Melaka ialah Pakatan Rakyat6 bukannya bini najib (BN)

Teruskan usaha pembaziran, kayakan lah kerabat PICO, hidup ali rustam...tam...tam.....lizi

Fallen-deceptricon said...

hi,

Congratulation to all Malaccan, welcome to the Alien world, transformer and the stars....


By building a second planetarium in your small state, you are becoming the only state in the universe of having the most Planetarium, congrat to your honorable CM and all his supporters, may god bless malacca.

geng meroyan said...

salam sis,

Wa caya lu lah, fulamak cool bebe, melaka ada dua Planetatrium, wa caya lulah.

Wa akan bawa geng-geng wa tengok pembaziran ini, Kl pun ada satu aje Planetarium, itu p[un kos menyelenggaranya fulamak buat malaysia bankrup, inikan pula dua, adois, terror lah lu punya CM, wa mesti sokong dia kasi ekon omi melaka jahanam, hidup Rustam....

Salam semua,
Kenapa semua macam marah??Harap dapat bersabarlah ya. Setiap pembangunan dan perubahan selalunya mmg dipandang negatif. Tidak kira apa sahaja yang dibuat atau dilakukan di malaysia ini mmg akan di pandang negatif pada permulaannya. Tapi selepas mdpt pujian, ramai pula yang mengaku terlibat sama, apa yang nak dikatakan itu mmg perkara biasa yang berlaku..
Mengapa setiap pembangunan yang terdapat di Melaka tidak pula di puji??Tidak nampak kah lagi perbezaan pembangunan yang wujud jika dibandingkan dengan sebelum ini??Semasa Kepimpinan Tok Ali gak, Melaka menjadi Bandar Raya Warisan Dunia. Tidak nampakkah itu atau tidak perasan?? Kenapa ini tidak pula dinyatakan?? Masih tidak nampak kah perbezaan yg berlaku di Melaka??
Sedangkan ada negeri yang dipimpin oleh Pemimpin yang same bertahun-tahun, tapi belum nampak apa-apa perubahan. Tetap sama seperti dulu juga. Agaknya sampai bila agaknya baru nampak perubahannya?? Tidak pula dikomen atau dijadikan bahan??kenapa ini boleh berlaku?? Dalam hal yg begini, selalunya mmg ramai yang menutup mata atau saja buat2 tidak nampak. tapi yang pelik jika ada kesilapan atau kekurangan, pasti mata akan cepat2 terbuka dengan sendiri, silap2 boleh tembus pandangan itu.
Apapun xkira apa usaha akan dilakukan bukan dapat dilihat dalam jangka masa yang pendek tapi dapat dilihat pada masa akan datang. Pernah terjadi dulu, sewaktu cadangan Dr. M untuk kereta keluaran Malaysia. Bukankah pelbagai pandangan, kritikan dan komen yg negatif yang timbul. Tapi cuba kita lihat sekarang.
Ramai pula yang bangga jadi rakyat Malaysia sebab kini negara mempunyai kereta keluaran sendiri dan sudah ade pelbagai pandangan yg positif dan mdpt penerimaan yang baik dari dalam dan luar negara.
Sepatutnya kita perlu lbih banyak berfikir untuk memajukan bangsa MELAYU bukan byk memikirkan bagaimana mencari salah org atau menghentam orang. Bagaimana untuk terus maju jika bangsa sendiri menjatuhkannya??
Apa-apa pun saudara2, kami mgucapkan terima kasih kerana amat prihatin dengan segala pembangunan yg terdapat di Melaka..
Kami tetap mgalu2kan kedatangan saudara2 ke negeri kami..Semoga tempat anda pun turut mgalami pembangunan.
Siapa yang mampu mengubah bangsa MELAYU jika bukan MELAYU itu sendiri.
Fikir2kanlah dan selamat beramal..