PERLUKAH MODUL BTN DIKEKALKAN ATAU DIROMBAK SEMULA???

0
Seperti yang kita sedia maklum..Kerajaan Selangor telah mengharamkan kakitangannya untuk melibatkan diri dalam BTN yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Pusat. Menjadi tandatanya. Mengapa mereka perlu takut dan cuak dengan modul BTN yang lama?? sehingga mereka telah membuat modul mereka sendiri. SPIES. Lepas satu persatu mereka ingin menjadi kan kontroversi. Cukup-cukup lah wahai pembangkang. Letih sudah melihat karenah kamu semua ini. Sekarang ada lah masa kita bekerja. Bukan mencari itu atau ini yang salah.

0 comments:

Tan Sri Isa...

4
Memang ramai yang mengkritik. Tidak kurang juga yang menyokong.
Walau siapa pilihan BN, tetap akan dicemuh, dikritik.
Dan mula perang peribadi akan digunakan sebagai taktik untuk menjatuhkan calon BN.
Seperti sudah jadi kebiasaan pula. Tidak kira dimana-mana pilihanraya. Bagaikan makanan rutin bagi pihak pembangkang.
Kami tetap sokong apa jua keputusan pucuk pimpinan untuk meletakkan siapapun di BAGAN PINANG.Ini bukanlah bermakna kami PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN ini jenis 'yes boss'. Ini kerana kami menyokong parti bukan lah menyokong Individu. Yang penting apa yang rakyat mahukan.
InsyaAllah kami Puteri Umno Bahagian Jasin akan membantu sedaya upaya agar kemenangan BN di Bagan Pinang. Semoga usaha kita akan diberkati dan kemenangan akan menjadi milik kita.

4 comments:

SIAPAKAH DIA UNTUK MENENTUKAN SIAPA YANG MASUK SYURGA

0
BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ahli Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang.

Ulasan:
bagaikan tidak percaya seorang yang beragama islam boleh mengeluarkan kata-kata begitu. Siapakah dia untuk menentukan itu semua?? Ini boleh membawa ke arah FITNAH. Berfikirlah wahai NIK AZIZ sebelum melemparkan kata-kata kepada pengundi-pengundi anda..Tidak perlu menuduh dan berkata-kata sesuka hati. Orang-orang di luar sana, sepatutnya anda brfikir dengan lebih teliti lagi dengan ape yang dilemparkan. Bukan HAK dia untuk menentukan tahap syurga atau tidak. Ingatlah pada Allah yang maha ESA. Segala-galanya terletak di tangan ALLAH SWT. Wallahualam.

ALLAHUAKBAR...

0 comments:

Pengkhianat negara yang patut mendapat anugerah Oscar!

6
Kenapa perlu Anwar Ibrahim melenting dan menyalahkan pemimpin UMNO jika berlaku sebarang insiden buruk ke atasnya hanya kerana kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan dirinya sebagai pengkhianat bangsa Melayu?

Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi.

Bak kata pepatah melayu, berani buat, berani tanggung. Kalau dilihat dari segi tindak-tanduk pun telah mencerminkan dirinya sebagai pengkhianat Bangsa Melayu dan Negara. Kenapa pula perlu melatah bila ada pemimpin UMNO yang berani dan lantang menyuarakannya....? Kalau pemimpin UMNO tak bersuara sekalipun, sudah pasti ramai orang awam serta bloger-bloger yang menyuarakannya. Dia ini memang tak ubah ibarat rosak badan kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.

Ramai yang mengetahui, dialah yang melakukan segala jenis onar, kejahatan dan sebagainya untuk mengkhianati agama, bangsa dan negara. Ini kerana mana ada orang jahat akan mengakui kejahatannya walaupun pihak polis mempunyai bukti?Orang gila pun takkan mengaku dia gila.
Ini jelas sewaktu krisis matawang pada 1997 dulu, tindakannya yang begitu bijaksana sewaktu menjadi menteri kewangan telah mengakibatkan ramai usahawan dari bangsa Melayu telah jatuh bangkrap. Mereka yang pernah menjadi mangsa kebijaksanaannya itu sudah pasti masih mengingatinya sampai sekarang.

Boleh dilihat begitu terujanya dia mempromosikan Malaysia agar menerima bantuan “International Money Fund” (IMF). Sekali dia menjadi barua Yahudi, selamanya ia akan kekal begitu. Semua orang tahu dia yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual agama, bangsa dan negara demi cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

DAP pula memang pandai memasukkan jarum dan memutarbelitkan situasi. Dimana mereka kerana pernah suatu ketika di satu konvensyen DAP, satu tuduhan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh dan juga surat-surat layang di Perhimpunan Agung UMNO mengatakan Anwar Ibrahim seorang homoseksual. Karpal pun pernah bertanya kepada Dr Mahathir sendiri “ kenapa dia menyimpan menteri sedemikian di dalam cabinet”. Tetapi telah terbukti matlamat menghalalkan cara kerana boleh dilihat sekarang betapa kukuhnya ikatan dan pakatan di antara DAP dan PKR sekarang.Lagipun orang kafir mana nak tahu dan ikut ajaran agama yang melarang perbuatan homoseksual.

Jadi dimana pendirian kita setelah kita lihat dan dengar segala permainan dia berlaku didepan mata kita dan sewenang2 bermaharaja lela dalam Negara kita. Fikir-fikirkanlah dengan hati dan minda yang terbuka. Tidak perlulah hanya menutup mata dengan apa yang berlaku dihadapan kita hanya semata-mata untuk kepuasan diri.

6 comments:

Pengkhianat Melayu perlu ditentang

8

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.

Beliau menyifatkan bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain.

“Seolah-olah kita berkompromi terlalu banyak (untuk kaum lain), ingatan tegas daripada saya bahawa, itu adalah tidak betul dan selagi UMNO dan BN mentadbir negara, ia tidak akan berlaku.

“Sekarang ini ada Melayu tidak mahu menolong Melayu tetapi mengkhianati Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam dirinya dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik.

“Saya sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya sudah tidak ada apa lagi, tetapi saudara-saudara semua ini yang saya risau,” katanya.

Muhyiddin bakal berhadapan dengan tindakan saman berjumlah RM100 juta daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat Melayu.

Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Nor yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.

Sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin itu juga kini bergema di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri menambah, selepas pilihan raya umum tahun lalu, muncul juga orang Melayu yang sudah berjaya tetapi bersungguh-sungguh menuduh kerajaan yang ada kini sudah lupa tujuan kewujudannya.

Dalam konteks itu, beliau mempersoalkan apakah dalam tempoh 52 tahun kemerdekaan negara, UMNO tidak pernah menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Jika UMNO tidak berjasa kata beliau, bagaimana boleh wujud masyarakat Melayu yang berjaya dan hidup senang pada hari ini.

Beliau berkata, UMNO memberikan perhatian kepada orang Melayu di semua peringkat termasuk golongan usahawan dan sentiasa berusaha memastikan kelompok itu terselamat apabila ekonomi mula merudum.

Muhyiddin juga mahu rakyat berfikir apakah UMNO dan BN akan mencabuli Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya diwujudkan atas dasar persefahaman dan muafakat bersama.

“Takkan kita hendak mencabuli DEB, mencabuli kontrak sosial kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata, pemikiran memburukkan kerajaan wujud daripada benih-benih kebencian yang ditanamkan pembangkang.

“Kalau ada pihak-pihak seperti ini, yang hendak meraih peluang menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum akan datang, dia hanya mahu memenuhi nafsu politik sendiri yang rakus,” katanya.

8 comments:

300 pemimpin Umno perintis program Suntik Keyakinan Baru- Bharian-online

16
Objektif : Menyuntik semangat baru dalam kalangan ahli parti dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada Umno.

Cadangan TPM, Tan Sri Muhiyiddin Yassin untuk Program ini diperingkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan adalah amat bertepatan sekali. Jika dilihat dari segi objektif atau sasarannya memang wajar pihak-pihak ini mengikuti program latihan itu. Program ini berbentuk program latihan dan motivasi.

Kami selaku PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN menyokong penuh dengan program ini dijalankan diperingkat atasan terlebih dahulu supaya hasilnya nanti akan dapat membantu diperingkat akar umbi. Ini kerana, kadang-kadang semangat dikalangan ahli parti turut goyah dengan pelbagai isu-isu yang diwar-warkan. Jadi wajarlah kita memantapkan diri kita supaya dapat hadapinya dengan tenang.

Ini merupakan peringkat pertama dan ia merupakan peringkat yang penting dalam menentukan tanda aras kejayaan program ini. Kami berharap selepas program ini dijalankan, ia akan menambahkan lagi keyakinan serta menyuntik semangat dalam kalangan ahli parti itu sendiri. Secara tidak langsung ia akan membangkitkan semula semangat dan kepercayaan rakyat kepada UMNO khususnya, dan BN amnya.
Program ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat. Semoga mendapat respon positif dari pihak-pihak yang inginkan perubahan berlaku didalam UMNO itu sendiri.

Semoga program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Amin

16 comments:

Persidangan Bahagian UMNO bincang pindaan perlembagaan parti

4
Persidangan UMNO peringkat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan bermula semalam antara lain akan membincangkan cadangan meminda perlembagaan parti seperti yang dipersetujui pada persidangan peringkat cawangan sebelum ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar persidangan peringkat bahagian akan berjalan lancar mengikut peraturan dan menjadi platform penghubung antara cawangan yang telah selesai bersidang bagi dibawa ke peringkat atasan.

"Dengan cadangan pindaan yang dilakukan secara musyawarah, bermakna mandat untuk memilih pemimpin pusat akan diserahkan ke tangan lebih ramai ahli UMNO sehingga di peringkat akar umbi, sepertimana cadangan sebelum ini," katanya ketika dipetik dalam laman web rasmi umno-online.com

Sebanyak 191 bahagian UMNO layak mengadakan persidangan tahunannya bermula hari ini sehingga 16 Ogos dan sebelum ini telah berlangsung persidangan peringkat cawangan selama lebih sebulan bermula 15 Mei hingga 30 Jun lalu.

Di KEDAH, hari ini berlangsung mesyuarat perwakilan sayap Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO manakala mesyuarat bahagian bermula 1 Ogos oleh Bahagian Alor Setar.

Di TERENGGANU, UMNO Bahagian Besut akan mengadakan mesyuarat perwakilannya esok adalah antara bahagian terawal yang bersidang.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan ketika dihubungi hari ini mengesahkan akan merasmikan masyuarat perwakilan UMNO Bahagian Besut itu esok.

Tengku Adnan berkata, sebelum ini persidangan peringkat cawangan telah menjadi satu ruang terbuka kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi bagi membincangkan permasalahan yang berlaku di samping menilai kembali landasan perjuangan yang dilakukan pada tahun sebelumnya termasuk cadangan untuk meminda perlembagaan parti.

Katanya, cadangan tersebut dibuat sebagai langkah supaya parti mempunyai proses yang lebih telus, terbuka dan demokratik dalam soal pemilihan sekali gus membantu memulihkan parti daripada cengkaman politik wang yang melanda setiap kali musim pemilihan.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mencadangkan kepada ahli-ahli UMNO supaya menggunakan mesyuarat sama ada di peringkat cawangan dan bahagian sebagai platform bagi menyuarakan dan menyampaikan pendapat dalam pindaan perlembagaan tersebut. - BERNAMA

4 comments:

KALAH TAPI MENANG..

12
Walaupun BN mengalami kekalahan di Manik Urai, tapi sebenarnya BN mendapat kemenangan sokongan dari segi undi. Majoriti PAS 65 berbanding 1,352 sebelum ini, bilangan undi yang semakin mengecil. Secara tidak langsung ia menunjukkan BN semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi.

Dengan keputusan tersebut, bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat dipulihkan. BN mula mendapat kepercayaan dihati pengundi. Diharap akan ada usaha-usaha untuk menambat semula kepercayaan dan keyakinan ini yang sebelum ini dikata semakin pudar. Selepas ini, kami percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi.

Walaupun hakikatnya PAS menang tidak bererti benar-benar menang, sebaliknya mereka perlu berasa risau dengan pengecilan majoriti kemenangan mereka. Secara tidak langsung boleh dilihat, sokongan terhadap mereka mula berkurang, jadi mereka perlu lebih berwaspada untuk masa akan datang. Walaupun kemenangan dengan majoriti kecil itu, sekarang mereka perlu fokus pada tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada mereka. Tahniah kepada PAS - Mohd Fauzi Abdullah kerana kemenangan tersebut. Diharapkan dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik. Jangan diabaikan amanah dan harapan pengundi2 anda.

Sekalung TAHNIAH dari kami untuk Jentera BN untuk pilihanraya kecil kali ini. Usaha anda tidak sia-sia dengan kekalahan majoriti kecil ini. Walaupun kenyataannya BN kalah, tapi di mata kami, BN telah mengalami kemenangan. Kemenangan sokongan yang semakin meningkat, itu yang lebih penting. Agar usaha yang berterusan akan dapat menawan semula keyakinan dan kepercayaan pengundi untuk masa akan datang. TAHNIAH BN.

12 comments:

DIMANAKAH PROFESSIONALISM MEREKA??

0
"4 ahli Puteri Umno cedera dilontar batu" - BHARIAN ONLINE (14/7/2009)
"Manek Urai: Seorang penyokong Pas ditahan, baling batu cederakan Puteri Umno" - BHARIAN ONLINE (14/7/2009)

DIANTARA BERITA YANG KURANG ENAK DIBACA...

Ini kah pelapis-pelapis barisan pemimpin yang PEMBANGKANG banggakan?? Dengan membuat kerja-kerja yang dianggap kurang bijak?? Adakah dengan keganasan dapat menjamin kemenangan yang mereka amat dahagakan??adakah undang-undang dijadikan seperti barang pemainan??Bertindaklah seperti orang yang berpelajaran bukan seperti orang KURANG PANDAI.
Pelbagai persoalan yang timbul bila wujudnya karenah-kerenah yang seperti ini berlaku di setiap Pilihanraya Kecil diadakan. Kami menjadi pelik mengapa mereka suka bertindak diluar batasan dan sanggup menjadi ganas semata-mata untuk memuaskan hati mereka. Selalunya yang menjadi mangsa PUTERI UMNO. Dimana-mana saja ada Pilihanraya Kecil pasti kita akan dengar pelbagai cerita keganasan yang berlaku terhadap kaum wanita terutama PUTERI. Adakah mereka merasakan PUTERI sebagai boneka yang boleh diperlakukan sesuka hati??
INGAT lah wahai PEMBANGKANG, walaupun kami PUTERI, sayap bongsu UMNO. Kami tetap mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu PARTI kami UMNO. Walaupun dicederakan, diugut atau tindakan keganasan lain, kami tetap teguh berdiri bersama-sama untuk memperjuangkan PARTI kami. Kami tidak gentar sedikit pun dengan semua bentuk tindakan KURANG PANDAI itu. Yang pasti, Jiwa kami tetap pada UMNO walaupun apa yang terjadi.

0 comments:

Petanda Angin Perubahan

0

TRONOH 14 Julai - Kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.

''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.

''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-52 di Universiti Teknologi Petronas di sini malam ini.

Muhyiddin mengulas mengenai kegagalan BN merampas kerusi DUN Manek Urai selepas calonnya tewas kepada Pas dengan majoriti tipis 65 undi.

Pas mengekalkan kerusi DUN Manik Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan itu juga menunjukkan petanda rakyat sudah mula memahami dan boleh menilai kepimpinan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pembaharuan kepada negara.

Justeru katanya, pemimpin dan penyokong BN tidak harus berasa terlalu kecewa malah perlu menjadikannya sebagai pendorong untuk bekerja lebih keras agar angin perubahan itu terus berlaku.

Sementara itu di KUALA KRAI, Tuan Aziz tidak kecewa dan patah semangat dengan kekalahannya malah akan meneruskan perjuangan membela kebajikan dan kesejahteraan penduduk Manek Urai.

Beliau berkata, kemenangan tipis Pas itu akan menjadi perangsang kepadanya untuk bekerja lebih keras terutama untuk menarik sokongan golongan muda kepada BN.

Pada masa sama, katanya, pengundi tua tidak akan sesekali dilupakan dalam agenda perjuangannya.

"Saya akan muhasabah dan lihat apa-apa faktor kekurangan dan membaikinya. Dalam pilihan raya kecil kali ini pengundi muda termasuk pengundi luar telah menunjukkan kembali sokongan mereka kepada BN dan UMNO," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Pengarah Jentera BN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Datuk Mustapa Mohamed pula menyifatkan, keupayaan BN mengurangkan majoriti Pas kepada hanya 65 undi daripada 1,352 undi sebelum ini merupakan satu kemenangan moral kepada UMNO dan BN.

Katanya, ia mencetuskan permulaan kepada kebangkitan UMNO dan BN serta bukti jelas penerimaan rakyat terhadap pentadbiran Najib.

"Saya berpuas hati dengan proses demokrasi yang berjalan lancar tetapi amat kecewa dengan budaya samseng yang ditunjukkan oleh Pas, ia adalah amat memalukan bagi sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam," katanya pada sidang akhbar yang sama.

Mohd. Fauzi pula ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memilih beliau untuk mewakili mereka.

"Saya ucap terima kasih kepada yang mengundi saya dalam pilihan raya ini, juga kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan berkata, kemenangan tipis Pas membuktikan sokongan penyokong pembangkang telah mula kembali kepada BN dan rakyat mula menerima pendekatan yang diterapkan oleh BN.

Dari segi majoriti, tegasnya, BN dapat mengurangkan majoriti Pas di DUN Manek Urai apabila ada sebilangan pengundi yang sebelum ini tidak menyokong BN, telah kembali menyokong BN.

"Saya secara peribadi tidak merasa kecewa kerana bukan kesemua peti undi kita (BN) kalah... ada juga yang kita menang. Bagaimanapun kita telah berusaha sedaya upaya," kata Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Bernama.

0 comments:

70% Pedalaman Kelantan Tiada Bekalan Air Bersih

0
KUALA KRAI 13 Julai - Sejak 20 tahun lalu, kerajaan Pusat secara konsisten membekalkan air bersih yang dirawat kepada penduduk pedalaman negeri ini biarpun ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, namun masih terdapat 70 peratus daripada kawasan itu belum mendapat kemudahan tersebut yang memaksa penduduk menggunakan air tidak dirawat.

Katanya, sehingga kini terdapat 319 sistem rawatan air luar bandar (GFS) di seluruh negeri dengan Kuala Krai saja mempunyai 137 GFS, 38 daripadanya di Manek Urai.

''Bagaimanapun jumlah GFS itu masih belum mencukupi bagi menampung seluruh kawasan pedalaman di Kelantan iaitu 30 peratus sahaja, bakinya, penduduk terpaksa mengunakan air sungai.

''Kerajaan Pas Kelantan tidak menunaikan tanggungjawab itu,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan GFS yang dipertingkatkan di Kampung Bukit Budu di sini hari ini bagi memenuhi keperluan beratus orang penduduk setempat.

Objektif utama GFS ialah mengenal pasti, membekal dan membangunkan satu sistem rawatan air yang mudah dikendalikan, efektif dan selamat kepada pengguna dengan kos minimum.

Ia bertujuan mencegah penyakit bawaan air dan makanan di kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, projek GFS telah dinaik taraf pada 2007 dengan kos sebanyak RM150,000.

GFS baru ini meliputi komponen sistem rawatan air iaitu sistem penapisan, sistem pembasmian kuman, sistem penyimpanan sehingga 8,000 liter dalam masa sejam dan juga sistem penggalak (booster).

Tiong Lai berkata, dengan kos peruntukan yang bertambah ini, bilangan rumah yang diliputi meningkat kepada 80 buah merangkumi kira-kira 400 orang penduduk.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan GFS untuk Kuala Krai bagi tahun ini RM538,000 dan ia akan diteruskan kerana kebajikan rakyat tidak akan diabaikan biarpun negeri ini diperintah oleh pembangkang.

''Pelaksanaan projek bekalan air GFS merupakan salah satu komponen daripada projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi Kelantan,'' katanya.

0 comments:

Suasana kempen tenteram

0

KUALA KRAI 13 Julai - Suasana kempen yang tenteram dan lancar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sewajarnya dicontohi dan diamalkan pada setiap kali pilihan raya diadakan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tiada kejadian tidak diingini sepanjang kempen selama sembilan hari bermula 6 Julai lalu malah para penduduk serta ahli-ahli politik menunjukkan kematangan berpolitik yang tinggi.

Beliau juga memuji dan menghargai keterbukaan sikap penduduk di Manek Urai kerana bekerjasama dengan memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) berkempen walaupun ada kalangan mereka bukan penyokong UMNO.

"Penduduk di sini tidak kira Pas dan UMNO telah membuka pintu rumah mereka untuk juru kempen berjumpa dan ziarah dari rumah ke rumah.

"Ini adalah perkembangan yang cukup baik, saya harap trend sebegini akan dapat dicontohi di tempat lain apabila kita menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat terakhir jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai di Pusat Operasi BN di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, Datuk Mustapa Mohamed; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamelia Ibrahim.

Esok adalah hari pembuangan undi bagi pilihan raya kecil tersebut selepas sembilan hari UMNO dan Pas berkempen bagi menarik sokongan pengundi. Terdapat sejumlah 12,293 pengundi berdaftar di kawasan itu

Sepanjang kempen tersebut berlangsung, tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak dan proses kempen berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku walaupun persaingan dianggap sengit.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertembungan di antara calon BN, bekas Pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan Pas diwakili oleh seorang pemborong ikan, Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, penerimaan penduduk terhadap jentera pilihan raya BN walaupun mungkin ada di antaranya bukan ahli UMNO disebabkan sikap mereka yang terbuka.

"Kalau kita lihat sosiobudaya masyarakat di sini agak begitu mesra walaupun mereka mungkin menjadi ahli Pas atau UMNO, mungkin juga kerana ada pertalian persaudaraan antara mereka,'' ujarnya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penyokong Pas dan UMNO boleh duduk bersama termasuk dalam satu warung tanpa sebarang masalah.

0 comments:

0

0 comments:

Masalah jalan turut diberi perhatian

0

KUALA KRAI 10 Julai - "Sudah bertahun-tahun kami tunggu wakil rakyat datang melawat kampung ini dan tengok soal jalan kecil di sini tetapi tak sangka yang datang adalah menteri."

Demikian kata seorang penduduk, Abdullah Lokman, 46, yang mengambil peluang kehadiran mengejut Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ke rumahnya di Kampung Sungai Sok di sini hari ini untuk mengadu masalah jalan itu.

Ketika menerima kunjungan tetamunya pagi ini, dia segera menghidangkan buah durian kepada Shaziman dan beberapa pegawainya.

Sambil itu Abdullah berkata: "Datuk, dah datang sini saya nak mintalah tolong baiki jalan ke kebun saya sepanjang kira-kira 100 meter. Sudah lama jalan itu rosak dan menyusahkan kami."

Sejurus mendengar permasalahan yang dialami itu, Shaziman dengan nada gurauan segera menjawab: "Oleh kerana saya sudah makan dua ulas buah durian, maka saya akan tunaikan permintaan pak cik. Pak cik jangan risau lepas ini insya-Allah kita bantu."

Abdullah ketika ditemui untuk merungkai perkara di sebalik permintaannya itu berkata, jalan ke ladang yang digunakan oleh penduduk telah rosak sejak sekian lama.

Sehubungan itu, dengan ditemani beberapa penduduk kampung mereka telah bertemu dengan pemimpin kerajaan negeri untuk meminta bantuan agar jalan itu diturap bagaimanapun cuma batu kerikil dibekalkan.

Sementara itu, Shaziman berkata, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah penduduk di sekitar Manek Urai.

Ujarnya, kementerian mempunyai peruntukan setiap tahun untuk digunakan memperbaiki semua jalan di seluruh negara bagi menjamin keselesaan rakyat.

Beliau berkata, arahan telah diberi kepada Jabatan Kerja Raya Kelantan untuk membuat tinjauan keadaan jalan di seluruh kawasan Manek Urai dan menyediakan laporan bagi memudahkan bantuan diberi.

0 comments:

KERAJAAAN PERPADUAN-12,293 PENGUNDI MANEK URAI WAJAR PUTUSKAN

0
Isu kerajaan perpaduan mungkin selepas ini akan sepi di medan internet dan dada-dada akhbar tetapi tidak di Manek Urai. Rata-rata penduduk Manek Urai walaupun jauh di pedalaman tetapi sentiasa peka dengan perkembangan isu kerajaan perpaduan ini.
Penduduk di sekitar Manek Urai ini yang rata-ratanya 99.22% beragama Islam pastinya tertanya-tanya satu cetusan idea bernas yang dikemukakan oleh Presiden Pas, kemudiannya disambut baik oleh UMNO dan disokong oleh Mufti-mufti dan tokoh Ilmuan Islam, disokong juga oleh NGO-NGO tetapi akhirnya menemui jalan buntu sebelum sebarang perundingan dimulakan.
Orang-orang Melayu seperti di Manek Urai ini yang sejak sekian lama dipisahkan oleh anutan politik kepartian sehingga menjadikan seolah-olah mereka hidup dalam dunia yang tersendiri.
Pas dengan budaya ketaksuban terhadap pemimpinnya yang disokong umpama Dewa, apa yang terkeluar dari mulut pemimpin itulah fatwa. Apa yang disuruh oleh pemimpin laksana fardhu ain yang berdosa jika diingkari. Budaya inilah yang sama sekali tidak ada dalam ajaran Islam, diwarisi secara turun temurun dari dulu sehingga menjadikan satu fahaman musuh mereka adalah satu - UMNO.
Apa sahaja yang berkait dengan UMNO adalah musuh yang bukan sahaja perlu ditentang dan dijauhi, malah berkawan dengan UMNO menjadikan mereka akan disumpah seranah. Tidak kiralah walaupun orang itu bukan ahli Pas, atau penyokong biasa mahu pun Timbalan Presiden sekali pun. Itulah Pas.
Menyedari hal ini, atas rasa tanggungjawab dan hasrat mahu melihat pemikiran penyokong Pas kembali ke jalan yang lurus, Presiden Pas mencadangkan satu pendekatan yang akan menghimpunkan pemimpin Islam di satu meja rundingan, dinamakan kerajaan perpaduan.
Matlamatnya adalah untuk menamatkan sengketa yang telah berakar umbi sejak sekian lama antara orang Islam di negara ini bagi memastikan masa depan generasi baru akan terjamin. Cadangan ini disambut baik oleh UMNO dan disokong oleh Mufti-mufti.
Apakah idea ini tidak baik dan akan merugikan masa depan Islam di negara ini ?
Cahaya di hujung terowong semakin nampak kemilaunya apabila Mufti-mufti dan tokoh agama menyokong secara terbuka malah sanggup menawarkan diri menjadi orang tengah. Tenyata sekali tidak ada apa yang perlu dipertikaikan mengenai hasrat muzakarah ini.
Tetapi orang yang menggagalkan muafakat sesama Islam ini adalah Nik Aziz sendiri. Seorang tok guru dalam Pas yang mana dialah segala-galanya bagi Pas. Pas adalah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah Pas. Posternya sahaja dikatakan cukup untuk menarik pengundi menyokong Pas. Sebab itu sampai hari ni poster Haji Hadi tidak ada satu pun di Manek Urai ini.
Malah khabarnya ada Imam salah sebuah masjid di sini berkata dengan memandang gambar Nik Aziz sahaja kita sudah mendapat pahala. Ini aku tak pernah dengar tuk-tuk guru atau ustaz-ustaz mengajar lagi. Ni first time dengar, sebab pilihanraya. Pandang gambar pun dah dapat pahala, apatah lagi jika mengundi parti dia, dapat tiket business class untuk terbang ke syurga la kot. Penyelewengan agama secara tereng-terangan dan semakin menjadi-jadi. Moga-moga Allah memberi hidayah kepada Imam berkenaan.
Biarlah Nik Aziz dengan dunianya. Kita hormatilah pendirian itu walaupun dia menganggap berbaik-baik dengan bukan Islam yang terang-terang menentang Islam adalah lebih baik daripada bersatu padu sesama jemaah Islam untuk sama-sama membangunkan negara.
Biarlah Nik Aziz nak kata tidak boleh berbaik dengan UMNO kerana UMNO zalim dan kekalkan undang-undang penjajah. Biarlah Nik Aziz nak kata Pas berbaik-baik dengan DAP sebab nak dakwah DAP. Pedulikan bila Nik Aziz kata DAP lebih Islam daripada UMNO dan layak dijadikan kawan mentadbir negara dalam usaha mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud.
Biarkan Nik Aziz dengan dunia dia. Dia bukan nabi yang semua kata-kanya adalah hadis. Dia bukan Wali yang tutur lidahnya menjadi keramat. Dia hanya pemimpin Pas yang tak ada beza dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelumnya. Percayalah tidak berdosa kalau kita tidak menyokong partinya.
Kita tahu ramai penyokong Pas yang tidak taksub kepada Nik Aziz termasuk Presiden Pas sendiri, dah berbulu dengan sikap Nik Aziz sekarang. Tapi nak buat macam mana, selagi Nik Aziz ada kata-katanya adalah menjadi perlembagaan kepada Pas. Semua wajib akur. Kepada Haji Hadi dan lain-lain sabarlah, istigfarlah banyak-banyak.
Insyaallah Pas akan menjadi parti yang lebih baik dan lebih waras selepas zaman Nik Aziz. hanya pastikan pengganti Nik Aziz bukanlah ayam didiknya yang kalah dalam Muktamar hari itu.
Kepada pengundi Manek Urai, sewajarnya memberikan mesej penting kepada Nik Aziz dengan mengundi UMNO dalam pilihanraya kali ini. Sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan Nik Aziz apa yang dia buat sekarang adalah salah. Pengundi Manek Urai perlu menyatakan bahawa Nik Aziz sebagai orang paling dipatuhi dalam Pas sepatutnya berusaha menyatukan umat Islam, bukan berusaha menghalangnya. Moga-moga Allah membuka pintu hatinya. Amin.

0 comments:

Manik Urai "Anak Emas"

0
Itulah janji Barisan Nasional (BN) jika berjaya merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai daripada genggaman Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau dalam pertemuan malam tadi di sini.

Menurutnya, BN memang ikhlas dan jujur membantu nasib penduduk DUN Manek Urai yang sewajarnya memang perlu dibela setelah diabaikan oleh kerajaan Pas Kelantan.

"BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.

Sempena majlis itu yang disertai sebanyak tiga buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah rendah di dalam DUN Manek Urai, satu acara penyampaian hadiah kecemerlangan turut disampaikan kepada pelajar terbaik.

Mustapa berkata, kerajaan BN telah banyak membawa pembangunan di Kuala Krai seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Hospital Kuala Krai dan kemudahan jalan raya yang baik.

"Saya merayu adik kakak semua berilah peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi kami berjanji akan melakukan terbaik sekiranya diberikan peluang kali ini," katanya.

0 comments:

Program "Jom Cari Ahli" Dun Merlimau

1

1 comments:

JADILAH PENGUNDI BIJAK

3
Sebenarnya tiada isu yang dapat ditimbulkan oleh PAS bagi pilihanraya kali ini di Parlimen Manek Urai. Malahan PAS menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan parti itu tidak mempunyai isu. Tapi sudah tentu PAS tidak akan berputus asa dalam mencari isu-isu baru bagi mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan parlimen tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas mempunyai sekurang-kurangnya beberapa isu utama yang parti itu percaya tidak akan mampu dijawab oleh Barisan Nasional (BN).

Isu pertama
- berhubung pengembalian cukai pintu yang sebelum ini dihapuskan di bawah pentadbiran Pas
Isu kedua
- pengendalian projek pembangunan yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Kami Puteri Bahagian Jasin berharap agar pengundi-pengundi di Parlimen Manek Urai dapat memilih calon dengan bijak. Jangan mudah terpengaruh dengan isu-isu yang mungkin sengaja di timbulkan oleh pelbagai pihak bagi meraih perhatian serta undi di kawasan tersebut. Oleh itu, jadilah pengundi yang bijak bagi menjamin masa depan bangsa dan agama untuk generasi yang akan datang.

Bak kata pepatah orang tua, Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

3 comments: