Pengkhianat negara yang patut mendapat anugerah Oscar!

6
Kenapa perlu Anwar Ibrahim melenting dan menyalahkan pemimpin UMNO jika berlaku sebarang insiden buruk ke atasnya hanya kerana kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan dirinya sebagai pengkhianat bangsa Melayu?

Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi.

Bak kata pepatah melayu, berani buat, berani tanggung. Kalau dilihat dari segi tindak-tanduk pun telah mencerminkan dirinya sebagai pengkhianat Bangsa Melayu dan Negara. Kenapa pula perlu melatah bila ada pemimpin UMNO yang berani dan lantang menyuarakannya....? Kalau pemimpin UMNO tak bersuara sekalipun, sudah pasti ramai orang awam serta bloger-bloger yang menyuarakannya. Dia ini memang tak ubah ibarat rosak badan kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.

Ramai yang mengetahui, dialah yang melakukan segala jenis onar, kejahatan dan sebagainya untuk mengkhianati agama, bangsa dan negara. Ini kerana mana ada orang jahat akan mengakui kejahatannya walaupun pihak polis mempunyai bukti?Orang gila pun takkan mengaku dia gila.
Ini jelas sewaktu krisis matawang pada 1997 dulu, tindakannya yang begitu bijaksana sewaktu menjadi menteri kewangan telah mengakibatkan ramai usahawan dari bangsa Melayu telah jatuh bangkrap. Mereka yang pernah menjadi mangsa kebijaksanaannya itu sudah pasti masih mengingatinya sampai sekarang.

Boleh dilihat begitu terujanya dia mempromosikan Malaysia agar menerima bantuan “International Money Fund” (IMF). Sekali dia menjadi barua Yahudi, selamanya ia akan kekal begitu. Semua orang tahu dia yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual agama, bangsa dan negara demi cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

DAP pula memang pandai memasukkan jarum dan memutarbelitkan situasi. Dimana mereka kerana pernah suatu ketika di satu konvensyen DAP, satu tuduhan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh dan juga surat-surat layang di Perhimpunan Agung UMNO mengatakan Anwar Ibrahim seorang homoseksual. Karpal pun pernah bertanya kepada Dr Mahathir sendiri “ kenapa dia menyimpan menteri sedemikian di dalam cabinet”. Tetapi telah terbukti matlamat menghalalkan cara kerana boleh dilihat sekarang betapa kukuhnya ikatan dan pakatan di antara DAP dan PKR sekarang.Lagipun orang kafir mana nak tahu dan ikut ajaran agama yang melarang perbuatan homoseksual.

Jadi dimana pendirian kita setelah kita lihat dan dengar segala permainan dia berlaku didepan mata kita dan sewenang2 bermaharaja lela dalam Negara kita. Fikir-fikirkanlah dengan hati dan minda yang terbuka. Tidak perlulah hanya menutup mata dengan apa yang berlaku dihadapan kita hanya semata-mata untuk kepuasan diri.

6 comments:

AJK bahagian Jasin. said...

Pu3,

Tahniah, pu3 jasin.So far, ini posting yang amat berani. Ini lah yang kita mahu dari blogger-blogger PU3 dan Umno .

Keep it up, well done.

ataspagarje said...

semua perkara yg dituliskan telah diketahui umum dan hal ini selalu dimainkan oleh blogger UMNO mahupun penyokong BN. ttp hal ini tidak mencukupi utk menyakin kan mereka kerana mereka telah disuap terlebih dahulu dengan pelbagai isu untuk mematikan isu tersebut walhal setiap isu yg disebut telah berlaku dan direkod.

semasa DSAI menjadi Menteri Kewangan dan ketika itu ekonomi sdg menjunam, beliau dgn bangganya telah menaikkan kadar faedah dan memendekkan tempoh pinjamam dari7 tahun kepada 5 tahun. disebabkan ini byk syarikat2 SME gulung tikar terutamanya bangsa Melayu.

ttp adakah golongan ini sedar ttg kejadian di atas? ini menjadi persoalan yg sgt2 jelas sesudah PRU12 yg lepas. akibat kenaikan harga barang ketika itu, inflasi..PR berjaya memainkan peranan dgn menaburkan janji2 palsu kepada rakyat.

kerana kuasa semua org blh menjadi gila. dan kerana kuasa juga manusia sanggup menjilat ludah mereka sendiri. demi kuasa ada manusia yg rela dibutakan, dipekakan pancaindera mereka.

Allahuakbar..

AJK bahagian Jasin said...

PU3,

Perihal anwar dan perilakunya memang telah di ketahui ramai tetapi, pemileh baru, lebeh-lebeh lagi pemuda dan pemudi yang pertama kali dapat mengundi pada pru 12 (umur 21 tahun keatas) ramai yang tidak mengetahui perihal kerakusan anwar.

Lebeh-lebeh lagi semasa Pak lah jadi PM, dia amat berlembut dengan Anwar. ingat tak sampaikan khairy yang menghantar passport baru untuk Anwar.

Anwar nie, tak boleh di beri muka, dia pelakun hindustan, lebeh baik dari Sharukh khan. Dia manipulator, deceptor. tengok sahaja kes liwatnya, sen gaja dia lambatkan, lawyer dia, Sulaiman Abdullah pun berhenti tak tahan dengan perangainya.


Jadi Pu3 dan Pemuda mesti meningkatkan lagi usaha untuk mewar-warkan keburukan Anwar, perang saraf dengan angkatan muda PKR. selalunya orang-orang muda anti establishment, lebeh-lebeh lagi budak melayu di Universiti, sokong PR membabi buta...

Di peringkat UMNO, alhamdulillah, semua tahu siapa Anwar Al juburi, kisah dia tahun1998 masih segar dalam ingatan....

selamat berjuang.

zulkifli said...

Pu3,

Mungkin ada orang yan g marah kalau kita labelkan anwar Al Juburi, tetapi Mohamad Sabu dari PAS, kawan baik Anwar yang melabelkan beliau dengan panggilan tersebut.

Mat Sabu pernah bersama Anwar di tahanan ISA, kemungkinan besar, dia dah lihat Anwar meliwat, allahualam bisawab...

saya pernah bekerja di Phileo allied bank, dimana Shamsidar Taharin bertugas, saya mempunyai pangkat yang lebeh tinggi dari shamsidar tetapi shamsidar mendapat remeneration yang lebeh besar, siap pakai driver lagi, nak tahu kenapa,... sebab shamsidar adalah perempuan murahan walaupun lulusan UNIVERSITY usa. Jadi pu3, seharusnya tidak mencontohi Shamsidar nie, mata duitan, semasa di Phileo kita panggil Shamsidar pink phanter, ......

Pu3 said...

terima kasih diatas semua pendapat tu.. ada gak yg mgata kan ni isu lapuk..tapi kite kena selalu beringat dengan ape yg pernah terjadi dl..kerana generasi baru ni tidak tahu dan hanya mnyokong tanpa mengetahui kisah lampau anwar..

Bebas said...

Pu3,

Keberanian Pu3 amat terpuji, tetapi alangkah baiknya jika Pu3 sebagai salah satu cabang dalam UMNO Jasin berani menyuarakan pendapat perihal tanah perkuburan cina di Pondok Kempas yang tidak selesai lagi.

Kadang kala lebih baik kita menyelesaikan hal dalam kawasan kita terlebih dahulu sebelum melihat pada skop yang lebih besar.

Khabar angin telah tersebar satu Melaka yang menyatakan terdapat penyelewangan dalam pembinaan tanah perkuburan tersebut.

Malah baru-baru ini kedatangan Datuk Zahid Hamidi ke Jasin dilihat tidak berjiwa rakyat..

Bagaimana helikopter kegunaan kerajaan Malaysia digunakan untuk menerbangkan Datuk Zahid Hamidi untuk program parti?