Pengkhianat negara yang patut mendapat anugerah Oscar!
Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi.
Bak kata pepatah melayu, berani buat, berani tanggung. Kalau dilihat dari segi tindak-tanduk pun telah mencerminkan dirinya sebagai pengkhianat Bangsa Melayu dan Negara. Kenapa pula perlu melatah bila ada pemimpin UMNO yang berani dan lantang menyuarakannya....? Kalau pemimpin UMNO tak bersuara sekalipun, sudah pasti ramai orang awam serta bloger-bloger yang menyuarakannya. Dia ini memang tak ubah ibarat rosak badan kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.
Ramai yang mengetahui, dialah yang melakukan segala jenis onar, kejahatan dan sebagainya untuk mengkhianati agama, bangsa dan negara. Ini kerana mana ada orang jahat akan mengakui kejahatannya walaupun pihak polis mempunyai bukti?Orang gila pun takkan mengaku dia gila.
Ini jelas sewaktu krisis matawang pada 1997 dulu, tindakannya yang begitu bijaksana sewaktu menjadi menteri kewangan telah mengakibatkan ramai usahawan dari bangsa Melayu telah jatuh bangkrap. Mereka yang pernah menjadi mangsa kebijaksanaannya itu sudah pasti masih mengingatinya sampai sekarang.
Boleh dilihat begitu terujanya dia mempromosikan Malaysia agar menerima bantuan “International Money Fund” (IMF). Sekali dia menjadi barua Yahudi, selamanya ia akan kekal begitu. Semua orang tahu dia yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual agama, bangsa dan negara demi cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
DAP pula memang pandai memasukkan jarum dan memutarbelitkan situasi. Dimana mereka kerana pernah suatu ketika di satu konvensyen DAP, satu tuduhan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh dan juga surat-surat layang di Perhimpunan Agung UMNO mengatakan Anwar Ibrahim seorang homoseksual. Karpal pun pernah bertanya kepada Dr Mahathir sendiri “ kenapa dia menyimpan menteri sedemikian di dalam cabinet”. Tetapi telah terbukti matlamat menghalalkan cara kerana boleh dilihat sekarang betapa kukuhnya ikatan dan pakatan di antara DAP dan PKR sekarang.Lagipun orang kafir mana nak tahu dan ikut ajaran agama yang melarang perbuatan homoseksual.
Jadi dimana pendirian kita setelah kita lihat dan dengar segala permainan dia berlaku didepan mata kita dan sewenang2 bermaharaja lela dalam Negara kita. Fikir-fikirkanlah dengan hati dan minda yang terbuka. Tidak perlulah hanya menutup mata dengan apa yang berlaku dihadapan kita hanya semata-mata untuk kepuasan diri.