Pengkhianat Melayu perlu ditentang

8

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.

Beliau menyifatkan bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain.

“Seolah-olah kita berkompromi terlalu banyak (untuk kaum lain), ingatan tegas daripada saya bahawa, itu adalah tidak betul dan selagi UMNO dan BN mentadbir negara, ia tidak akan berlaku.

“Sekarang ini ada Melayu tidak mahu menolong Melayu tetapi mengkhianati Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam dirinya dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik.

“Saya sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya sudah tidak ada apa lagi, tetapi saudara-saudara semua ini yang saya risau,” katanya.

Muhyiddin bakal berhadapan dengan tindakan saman berjumlah RM100 juta daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat Melayu.

Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Nor yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.

Sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin itu juga kini bergema di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri menambah, selepas pilihan raya umum tahun lalu, muncul juga orang Melayu yang sudah berjaya tetapi bersungguh-sungguh menuduh kerajaan yang ada kini sudah lupa tujuan kewujudannya.

Dalam konteks itu, beliau mempersoalkan apakah dalam tempoh 52 tahun kemerdekaan negara, UMNO tidak pernah menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Jika UMNO tidak berjasa kata beliau, bagaimana boleh wujud masyarakat Melayu yang berjaya dan hidup senang pada hari ini.

Beliau berkata, UMNO memberikan perhatian kepada orang Melayu di semua peringkat termasuk golongan usahawan dan sentiasa berusaha memastikan kelompok itu terselamat apabila ekonomi mula merudum.

Muhyiddin juga mahu rakyat berfikir apakah UMNO dan BN akan mencabuli Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya diwujudkan atas dasar persefahaman dan muafakat bersama.

“Takkan kita hendak mencabuli DEB, mencabuli kontrak sosial kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata, pemikiran memburukkan kerajaan wujud daripada benih-benih kebencian yang ditanamkan pembangkang.

“Kalau ada pihak-pihak seperti ini, yang hendak meraih peluang menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum akan datang, dia hanya mahu memenuhi nafsu politik sendiri yang rakus,” katanya.

8 comments:

ahli umno alor gajah said...

pu3,

Apakah inisiatif pihak pu3 dalam menentang pengkianat melayu ini?

Jasin, so far 100% BN tetapi boleh ke maintain pada pru 13 nanti?

Adakah kes Datul ali rustam yang di kenakan tindakan tatatertib oleh Umno, boleh menyebabkan BN Melaka akan kehilangan kerusi?

Siapakah yang di takrifkan sebagai pengkianat Melayu? Ahli Umno yang korup termasuk Ali Rustam atau Datuk seri Anwar Ibrahim?

Apakah peranan yang PU3 Jasin akan laksanakan untuk menetang pengkianat Melayu ini?

AHLI PAS LIBERAL said...

salam Pu3 jasi9n,

Adakah Anwar ibrahim seoramg penkianat Melayu? Beliau kan ke bekas TPM dan juga Timbalan Presiden Umno? jasanya selama menjadi menteri dan TPM tiada ke?

Bagaimana pula dengan tan sri Rahim, Ali Rustam, Datuk Mohd Zin Ghani, adakah mereka bersih?

Bagaiman dengan Sdra Murtaza, bekas YDP Bandaran Jasin merangkap bekas Bendahari Umno Bhg Alor gajah, bersih ke dia? Bukankah kes rasuahnya masuk ke mahkamah?

bagaiman PU3 mentakrifkan penkianat Melayu, adakah ahli -ahli UMNO yang menyeleweng ini, pengkianat Melayu?

Bagaiman pula, wakil-wakil rakyat yang tidak menjalankan kerja yang di amanahkan tetapi menggunakan kedudukan untuk menngumpul kekayaan keluarga sendiri, adakag pengkianat?

Tolong jelaskan?

jiwa melayu said...

salam PU3 Jasin,


Saya amat bersetuju supaya pengkianat melayu ini di tentang secara habis-habisan.

Pengkianat Melayu ini kalau di biarkan bermaharajalela, maka punahlah bangsa Melayu.

Walaubagaimanapun, cakap memang senang, bagaiman kah cara untuk menentang petualang melayu ini? Nak direjam dengan batu, lembing atau di sisihkan dari masyarakat melayu?

Cuba anda bayangkan RPK, ada orang yang mengatakan RPK seorang melayu liberal, berpandangan jauh dan tidak perlukan tongkat..., t6etapi beliau tidak sedar bahwa beliau dalah kerabat Sultan dan telah mendapat banyak keistemewaan, bagaimana hendak menentang RPK?

Anwar Ibrahim, ada orang mengatakan beliau pemimpin berjiwa rakyat, pembela melayu, berjuang bersama UNMO tetapi sekarang berpaling tadah..., pengkianat juga.

Anak beliau, Nurul Izzah mendapat dana sebanyak RM30 ribu sebul;an dari Amerika semasa menuntut, adakah beliau srikandi atau pengkianat? orang melayu juga menggundi Nurul Izzah...,

Pening juga bab pengkianat ini,bagaimana pula hal Tun Hussein Onn, semasa akhir hayat beliau, beliau parti s46 dan mencerca UMNO, pengkianat kah beliau?

Peninglah....

Anak Melayu-Melaka said...

Salam Pu3 jasin.

Siapa pengkianat Melayu? Adakah Datuk Zaid Ibrahim, Datuk khir Toyo, Khairy Jamalluddin, ahli lembaga pengarah Malayan Banking Berhad, Husam Musa, Nizar Jamalluddin dan Anwar Ibrahim boleh di kategorikan sebagai pengkianat bangsa Melayu?

Bolehkah orang-orang yang terlibat dalam menjahanamkan ekonomi, peradaban, bahasa dan ketuanan Melayu boleh di kategorikan pengkianat melayu?

Khairy Jamaluddin telah bersekongkol dengan Temasik Group untuk merugikan Maybank, justeru itu, beliau merupakan Pengkianat?

Bagaimana pula dengan tajuddin Ramli yang menjahanamkan MAS? Beliau juga pengkianat? peliknya orang-orang sebegini yang telah diberikan penghargaan Tan Sri dan datukship, pemimpin tersohor?


Mungkin hari ini, Datuk Ali Rustam merupakan pemimpim tersohor melaka tetapi sekiranya beliau didapati bersalah kes rasuah, maka adakah esok beliau adalah pengkianat?

Bagaimana pula dengan Datuk Azalina, kalau kesnya di bawa ke muka pengadilan, adakah beliau pengkianat?

Rata-rata,istilah pengkianat melayu di tujukan kepada Anwar Ibrahim, Raja Petra kamaruddin,Zaid Ibrahim, khalid Ibrahim, Nizar jamalluddin yang kesemuanya berada di blok pembangkang-pkr,pas, BAGAIMANA PULA DENGAN ORANG UMNO? Khairy Jamalluddin yang menyebabkan kerugian yang besar oleh Maybank bagaimana?

Jadi takrifan siapa pengkianat melayu akan menjadi satu polemik yang serius, siapakah yang boleh memberikan inti pati siapa pengkianat?

Bagaimana pula dengan para pejuang melayu yang kemudianya menjadi ahli bintang tiga? Pengkianat kah mereka.

Adakah pengkianat melayu Dato Onn Jaafar? Presiden pertama UMNO?

Di harap cerdik pandai melayu dapat memberi takrifan yang benar mengenai siapa pengkianat melayu.

Anak cucu hang Jebat said...

Cik Putri Jasin,

Kalau ikutkan kata TS MY, dia hinted pengkianat tu, anwar Ibrahim and the gang, mostly orang melayu PKR dan PAS le.

Namun demikian, yang merosakkan UMNO saperti KJ dan Khir Toyo, boleh gak di katakan pengkianat bangsa, sebab, khir Toyo, selalu menyusahkan UMNO, perihal rumahnya yang berharga RM26 juta,kekalahan BN di selangor, KJ pula kes Maybank, kes ECM libra, kes pulun kontrak2 zaman Paklah dan besarnya kepalanya.

Pas pula, saya nak kaitkan dengan Nik Aziz, ulama cari makan,..terang-terang dia pengkianat melayu, tetapi dia kata dia bukan melayu, dia putera di raja Patani-Siam mari.

Apa-apa pun, kita patut buat sesuatu kepada pengkianat bangsa ni, walaupun merteka dari kalangan UMNO sendiri, saya sayangkan bangsa saya dari pemimpin UMNO YANG TERBUKTI KORUP...

Ya le, apa tindakan kita yea? Cuba cadangkan, ...jangan cakap aje..buat takut...

Adik sdra Nordin Mat Top said...

Selamat sejahtera Pu3,

Menurut kamus dewan,istilah KIANAT ialah perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelekaan kepada seseorang.

PENGKIANAT pula ialah seseorang yang menggunakan tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia pada negeri atau bangsanya dan mendatangkan kemudaratan.

Jadi, wahai saudara dan saudari ku, faham-faham ajele, siapa pengkianat tu?

Jangan dah terang lagi nak bersuluh, Anwar Ibrahim Al Juburi, Zaid Ibrahim al kaki tunggang araki, Tengku Nick aziz Al putar belit, Khalid Ibrahim b/f Eli Wong memang sahlah dalam kategori pengkianat melayu.

Memang pada suatu ketika dulu , mereka-mereka ini mungkin telah berjasa pada orang melayu tetapi PERBUATAN KIANAT MEREKA SEKARANG DENGAN SENDIRINYA TELAH MEMADAMKAN JASA-JASA MEREKA DAHULU, kata orang jalanan, dah offset..-ZERO VALUE.

Kalau zaman hang Tuah, dulu, orang-orang ini harus di nyahkan dari bumi Melayu, terpulanglah pada anda untuk melakukan sesuatu.

Bekas bf Nurul Izzah said...

Hello Pu3 Jasin,

Anwar Ibrahim tu Melayu ke? setahu saya , beliau mengaku dia ada darah India, keluarga beliau berasal dari Hedrabad, India.

Anwar Ibrahim kahwin pula dengan Wan azizah yang half chinese, jadi anak-anak Anwar kalau ada darah melayu pun mungkin 25%sahaja, itu pasal Nurul Izzah tak mengaku dia Melayu., she is a true Malaysian, ada darah India, Cina dan sedikit melayu.

So, anwar and his family bukanlah pengkianat melayu sebab mereka-mereka bukan melayu. Biak pilah kalau dia nak mencerca melayu, yang orang melayu pergi undi keluarga Anwar buat apa?

Dah tahu Anwar kaki,meliwat, yang orang melayu PAS nak berdemo buat apa/ kan ke bodoh?

Nick aziz pun tak mengaku, beliau melayu, dia kerabat di Raja Pattani, jadi orang Siamlah, patutlah cakap melayu tak faham, buat fatwa pun ikut suka hati dia.

Kesimpulannya, mereka-mereka ini, Anwar dan Nik aziz memang bukan melayu, jadi janganlah beri undi anda pada mereka. janganblah beri ruang untuk keluarga Anwar bertapak di Tanah Melayu ini.

pejuang umno said...

Wahai bangsuku,

Satu ketika dulu, ramai dari kalangan pemuda Umno, memanggil anwar ibrahim dengan gelaran PAK Syiekh.

Kalau anwar bercakap pun guna ana dan ente, tetapi dengan Nalakurapan beliau berborak pakai bahasa Tamil, dengan azizah pakai cantonese, dengan Shamsidar pakai bahasa boyan.

Yang bodohnya, ialah orang UMNO yang menaikkan anwar dulu termasuklah Dr mahathir yang bawa anwar masuk umno, termasuk juga TS MY dan Najib sendiri...

Jadi Umno jugalah yang kena perbetulkan situasi ini! Apa hangpa nak buat kat Anwar, tak kan nak demo aje,..kata pemuda dan putri tiang UMNO, tak cukup...cuba tengok kat seberang......