Tan Sri Isa...

4
Memang ramai yang mengkritik. Tidak kurang juga yang menyokong.
Walau siapa pilihan BN, tetap akan dicemuh, dikritik.
Dan mula perang peribadi akan digunakan sebagai taktik untuk menjatuhkan calon BN.
Seperti sudah jadi kebiasaan pula. Tidak kira dimana-mana pilihanraya. Bagaikan makanan rutin bagi pihak pembangkang.
Kami tetap sokong apa jua keputusan pucuk pimpinan untuk meletakkan siapapun di BAGAN PINANG.Ini bukanlah bermakna kami PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN ini jenis 'yes boss'. Ini kerana kami menyokong parti bukan lah menyokong Individu. Yang penting apa yang rakyat mahukan.
InsyaAllah kami Puteri Umno Bahagian Jasin akan membantu sedaya upaya agar kemenangan BN di Bagan Pinang. Semoga usaha kita akan diberkati dan kemenangan akan menjadi milik kita.

SIAPAKAH DIA UNTUK MENENTUKAN SIAPA YANG MASUK SYURGA

0
BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ahli Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang.

Ulasan:
bagaikan tidak percaya seorang yang beragama islam boleh mengeluarkan kata-kata begitu. Siapakah dia untuk menentukan itu semua?? Ini boleh membawa ke arah FITNAH. Berfikirlah wahai NIK AZIZ sebelum melemparkan kata-kata kepada pengundi-pengundi anda..Tidak perlu menuduh dan berkata-kata sesuka hati. Orang-orang di luar sana, sepatutnya anda brfikir dengan lebih teliti lagi dengan ape yang dilemparkan. Bukan HAK dia untuk menentukan tahap syurga atau tidak. Ingatlah pada Allah yang maha ESA. Segala-galanya terletak di tangan ALLAH SWT. Wallahualam.

ALLAHUAKBAR...

Pengkhianat negara yang patut mendapat anugerah Oscar!

6
Kenapa perlu Anwar Ibrahim melenting dan menyalahkan pemimpin UMNO jika berlaku sebarang insiden buruk ke atasnya hanya kerana kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan dirinya sebagai pengkhianat bangsa Melayu?

Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi.

Bak kata pepatah melayu, berani buat, berani tanggung. Kalau dilihat dari segi tindak-tanduk pun telah mencerminkan dirinya sebagai pengkhianat Bangsa Melayu dan Negara. Kenapa pula perlu melatah bila ada pemimpin UMNO yang berani dan lantang menyuarakannya....? Kalau pemimpin UMNO tak bersuara sekalipun, sudah pasti ramai orang awam serta bloger-bloger yang menyuarakannya. Dia ini memang tak ubah ibarat rosak badan kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.

Ramai yang mengetahui, dialah yang melakukan segala jenis onar, kejahatan dan sebagainya untuk mengkhianati agama, bangsa dan negara. Ini kerana mana ada orang jahat akan mengakui kejahatannya walaupun pihak polis mempunyai bukti?Orang gila pun takkan mengaku dia gila.
Ini jelas sewaktu krisis matawang pada 1997 dulu, tindakannya yang begitu bijaksana sewaktu menjadi menteri kewangan telah mengakibatkan ramai usahawan dari bangsa Melayu telah jatuh bangkrap. Mereka yang pernah menjadi mangsa kebijaksanaannya itu sudah pasti masih mengingatinya sampai sekarang.

Boleh dilihat begitu terujanya dia mempromosikan Malaysia agar menerima bantuan “International Money Fund” (IMF). Sekali dia menjadi barua Yahudi, selamanya ia akan kekal begitu. Semua orang tahu dia yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual agama, bangsa dan negara demi cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

DAP pula memang pandai memasukkan jarum dan memutarbelitkan situasi. Dimana mereka kerana pernah suatu ketika di satu konvensyen DAP, satu tuduhan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh dan juga surat-surat layang di Perhimpunan Agung UMNO mengatakan Anwar Ibrahim seorang homoseksual. Karpal pun pernah bertanya kepada Dr Mahathir sendiri “ kenapa dia menyimpan menteri sedemikian di dalam cabinet”. Tetapi telah terbukti matlamat menghalalkan cara kerana boleh dilihat sekarang betapa kukuhnya ikatan dan pakatan di antara DAP dan PKR sekarang.Lagipun orang kafir mana nak tahu dan ikut ajaran agama yang melarang perbuatan homoseksual.

Jadi dimana pendirian kita setelah kita lihat dan dengar segala permainan dia berlaku didepan mata kita dan sewenang2 bermaharaja lela dalam Negara kita. Fikir-fikirkanlah dengan hati dan minda yang terbuka. Tidak perlulah hanya menutup mata dengan apa yang berlaku dihadapan kita hanya semata-mata untuk kepuasan diri.

Pengkhianat Melayu perlu ditentang

8

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit malah akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, urusan masa depan orang Melayu belum lagi selesai dan beliau tidak boleh menerima masa depan bangsanya dipertaruhkan semata-mata kerana nafsu serakah politik pihak tertentu.

Beliau menyifatkan bahaya kini berlegar-legar sebelum menimpa bangsa Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain.

“Seolah-olah kita berkompromi terlalu banyak (untuk kaum lain), ingatan tegas daripada saya bahawa, itu adalah tidak betul dan selagi UMNO dan BN mentadbir negara, ia tidak akan berlaku.

“Sekarang ini ada Melayu tidak mahu menolong Melayu tetapi mengkhianati Melayu,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam dirinya dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik.

“Saya sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya sudah tidak ada apa lagi, tetapi saudara-saudara semua ini yang saya risau,” katanya.

Muhyiddin bakal berhadapan dengan tindakan saman berjumlah RM100 juta daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelnya sebagai pengkhianat Melayu.

Kenyataan Muhyiddin itu disokong beberapa individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Nor yang menyatakan kesediaannya menjadi saksi utama dalam kes tersebut.

Sokongan terhadap kenyataan Muhyiddin itu juga kini bergema di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri menambah, selepas pilihan raya umum tahun lalu, muncul juga orang Melayu yang sudah berjaya tetapi bersungguh-sungguh menuduh kerajaan yang ada kini sudah lupa tujuan kewujudannya.

Dalam konteks itu, beliau mempersoalkan apakah dalam tempoh 52 tahun kemerdekaan negara, UMNO tidak pernah menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Jika UMNO tidak berjasa kata beliau, bagaimana boleh wujud masyarakat Melayu yang berjaya dan hidup senang pada hari ini.

Beliau berkata, UMNO memberikan perhatian kepada orang Melayu di semua peringkat termasuk golongan usahawan dan sentiasa berusaha memastikan kelompok itu terselamat apabila ekonomi mula merudum.

Muhyiddin juga mahu rakyat berfikir apakah UMNO dan BN akan mencabuli Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang asalnya diwujudkan atas dasar persefahaman dan muafakat bersama.

“Takkan kita hendak mencabuli DEB, mencabuli kontrak sosial kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata, pemikiran memburukkan kerajaan wujud daripada benih-benih kebencian yang ditanamkan pembangkang.

“Kalau ada pihak-pihak seperti ini, yang hendak meraih peluang menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum akan datang, dia hanya mahu memenuhi nafsu politik sendiri yang rakus,” katanya.

300 pemimpin Umno perintis program Suntik Keyakinan Baru- Bharian-online

16
Objektif : Menyuntik semangat baru dalam kalangan ahli parti dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada Umno.

Cadangan TPM, Tan Sri Muhiyiddin Yassin untuk Program ini diperingkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan adalah amat bertepatan sekali. Jika dilihat dari segi objektif atau sasarannya memang wajar pihak-pihak ini mengikuti program latihan itu. Program ini berbentuk program latihan dan motivasi.

Kami selaku PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN menyokong penuh dengan program ini dijalankan diperingkat atasan terlebih dahulu supaya hasilnya nanti akan dapat membantu diperingkat akar umbi. Ini kerana, kadang-kadang semangat dikalangan ahli parti turut goyah dengan pelbagai isu-isu yang diwar-warkan. Jadi wajarlah kita memantapkan diri kita supaya dapat hadapinya dengan tenang.

Ini merupakan peringkat pertama dan ia merupakan peringkat yang penting dalam menentukan tanda aras kejayaan program ini. Kami berharap selepas program ini dijalankan, ia akan menambahkan lagi keyakinan serta menyuntik semangat dalam kalangan ahli parti itu sendiri. Secara tidak langsung ia akan membangkitkan semula semangat dan kepercayaan rakyat kepada UMNO khususnya, dan BN amnya.
Program ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat. Semoga mendapat respon positif dari pihak-pihak yang inginkan perubahan berlaku didalam UMNO itu sendiri.

Semoga program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Amin