Tan Sri Isa...

4
Memang ramai yang mengkritik. Tidak kurang juga yang menyokong.
Walau siapa pilihan BN, tetap akan dicemuh, dikritik.
Dan mula perang peribadi akan digunakan sebagai taktik untuk menjatuhkan calon BN.
Seperti sudah jadi kebiasaan pula. Tidak kira dimana-mana pilihanraya. Bagaikan makanan rutin bagi pihak pembangkang.
Kami tetap sokong apa jua keputusan pucuk pimpinan untuk meletakkan siapapun di BAGAN PINANG.Ini bukanlah bermakna kami PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN ini jenis 'yes boss'. Ini kerana kami menyokong parti bukan lah menyokong Individu. Yang penting apa yang rakyat mahukan.
InsyaAllah kami Puteri Umno Bahagian Jasin akan membantu sedaya upaya agar kemenangan BN di Bagan Pinang. Semoga usaha kita akan diberkati dan kemenangan akan menjadi milik kita.

4 comments:

hashim said...

Salam Pu3 Jasin,

Sudah menjadi lumrah bahawa orang yang pernah disalahkan akan di pandang serong walaupun telah berjasa berpuluh tahun.

Tetapi perlu di ingat bahawa untuk menang pilihanraya, kehendak akar umbi amat penting.kalau mereka mahu Tan Sri Isa, apa salahnya," politic is the art of the possible". jadi kita warga UMNO MESTILAH BERKEMPEN HABIS-HABISAN UNTUK KEMENANGAN UMNO-BN.

Wasalam.

Pu3 s@lju said...

InsyaAllah Hashim..
sama2 laa kita berdoa...

Halim Tuah said...

PAS MENYEBARKAN AJARAN ISLAM YANG EKSTRIM
Surah at-Taubah ayat 107. PAS mengiklankan ceramah agama, tetapi bila mengadakan ceramah, ustaz-ustaz PAS berceramah dengan tajuk dan isu yang membawa kepada fanatic kepada parti PAS mereka, dengan memperlihatkan kesalahan golongan-golongan yang bukan dari PAS. Apa sahaja dari pihak parti PAS, semuanya ditafsirkan sebagai betul, walaupun isu-isu yang telah jelas dilarang oleh Islam.

Islam mewajibkan umatnya bersatu dalam pemerintahan dan melarang menggulingkan pemimpin yang majority anggota kabinetnya beragama Islam kerana dianggap oleh Syarak sebagai bukan golongan AHLIL SUNNAH tetapi golongan KHAWARIJ yang kerjanya tidak lain hanya berusaha mencari kesalahan pemimpin dan menentang secara terbuka walaupun perkara yang dibuat oleh pemimpin itu perkara baik, mereka tetap mempersendakannya. Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah berkata, “KHAWARIJ adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Saidina Ali radiayallahu ‘anhu”. Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang datang kepada kamu sedangkan kamu bersatu di bawah seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin merosakkan ketaatan kamu dan memecahbelahkan kamu, maka perangilah dia”. (Riwayat Muslim)

http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ

http://www.youtube.com/watch?v=D8Dw3Pv1Lbc

http://www.youtube.com/watch?v=LtRlJNbS_Ec

Pelesit said...
This comment has been removed by a blog administrator.