Sejarah Penubuhan Puteri Umno Bahagian Jasin

0
Bermulanya Sejarah penubuhan Puteri Umno Bahagian Jasin pada tahun 1999. Pencarian ahli bermula sebelum pelancaran rasmi pergerakan Puteri Umno. Ketika itu hanya Penaja Puteri Bahagian Jasin sahaja yang wujud. Ahli2 penaja inilah yang bersungguh-sungguh untuk membentuk sayap Umno yang ketika itu baru dilancarkan. Menurut pengalaman yang telah diperolehi dari mantan Ketua Puteri Bahagian Jasin Pn Hidayanti, ketika itu, mereka terpaksa memasuki kampung-kampung untuk mencari keahlian puteri. Mereka sanggup dan rela untuk mencari seramai yang mungkin keahlian untuk membentuk Sayap Umno baru itu. Malah mereka ada kalanya mendapat tentangan dan penolakan dari orang-orang kampung. Tapi dengan semangat yang sayangkan parti mereka tetap tempuhinya walaupun sukar.

Dari tahun 2001, Jawatan Ketua Puteri telah bertukar tangan seramai 3 orang. Ketua Puteri yang pertama yang telah menjawat jawatan ini ialah Hidayanti binti Ahmad. Manakala Ketua Puteri Bahagian Jasin yang kedua ialah Siti Azura binti Ariffin.

Ketua Puteri Bahagian Jasin yang ketiga ialah Pn Siti Faizah bt Datuk Hj Abd Azis. Beliau telah menerajui sejak tahun 2004 sehingga kini. Sejak menerajui Puteri Bahagian Jasin, kini Keahlian Puteri Bahagian Jasin telah mencecah seramai 3,198 orang. Setiap tahun keahlian puteri telah meningkat. Ini kerana usaha Pergerakan Puteri Bahagian Jasin melancarkan program mencari keahlian baru. Pelbagai program yang telah dibuat untuk memantapkan lagi ahli-ahli puteri lama dan baru.

Dengan kepimpinan yang sedia ada telah membawa banyak perubahan dan memantapkan lagi sayap UMNO di Bahagian Jasin. Lebih membanggakan lagi, ahli-ahli Puteri kini lebih matang dan berfikiran jauh untuk memantapkan lagi perjuangan mereka didalam parti ini.

0 comments: